ThePeeps

Tuesday, January 28, 2014

315. Penulisan hati, fikiran dan kenyataan


Bismillahirahmanirrahimm...


Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Alhamdulilah....


Berfikir berkira berfikir berkira berfikir berkira berfikir berkira befikir berkira berfikir berkira befikir dan berkira berfikir berkira berfikir berkira berfikir berkira berfikir berkira berfikir dan berkira sampai bila tidak kesudahan tiada bertindak akhirnya. hahh..


Perbualan di messenger bersama kakak sepupu malam tadi membuatkan saya kembali berfikir panjang, berfikir panjang mengenai blog picisan ni yang mana penulisan terakhir saya mengenai memori singkat sepanjang saya berbelong. Kisah sebenar lebih panjang jika hendak dikenang dan di ungkit, tapi alhamdulillah saya telah belajar melepaskan dan melupakan perkara yang tidak enak dikenang dan jadikan sebagai peringatan serta pengajaran sahaja.
tarik nafas legaa... :)

Rupanya masih ada yang sudi menjengah dan membaca penulisan saya yang mana pemikiran sendiri kadang melegakan hati, huhuu.. Penulisan dan perkongsian blog kan meluas dan pelbagai.. Teringat pulak rakan rakan sendiri dan rakan blog yang sering bertanya kelangsungan blog picisan ni, hehee..

bila mahu hadate?
dah lama tidak bercerita..
jangan la delete blog..
janganlah besara
pelan-pelan la tuka, its ok..

Haaa...sampai macamtu sekali kenalan nasihat supaya tidak berputus asa berblog..


Apakah yang telah saya fikir kan dan kirakan? sendiri sebenarnya pun tidak tahu.. hehee
Benar tidak tahu atau tidak mahu menerima kenyataan. Senyum sendiri.
Menulis dengan ringkas dan bersungguh menunjukkan seperti jiwa sudah berubah dan mahu merubah kehidupan lebih baik pada penulisan lepas seperti menjanjikan sesuatu yang baru dan lebih bermotivasi masih belum saya tunjukkan. belum tunjukkan pada isi dan dunia blog maksud saya, bukan tiada pada diri.
Perubahan diri urusan diri dan pencipta adalah lebih jelas dan tiada dalih, mata kasar hanya nampak yang kasar tapi hati yang lembut merasai sesuatu ya lembut, in sha allah..


Mungkin pemikiran dan perkiraan yang begitulah membuat saya mengambil keputusan tidak mencalit mahupun menjenguk dunia blog, begitu besar corak perubahan yang cuba saya rancangkan sehingga tidak dilakukan sedikitpun. senyum lagi..
Mungkin juga dunia instagram, facebook, wechat, twitter yang lebih rancak membuatkan lebih senang dan pantas kongsiannya didunia maya. Hanya dihujung jari sahaja perkongsiannya, maklumla hp sentiasa ditangan .. lagi lagi waktu cuti memanjang ni. hehee..


Hari ini tergerak membuka blog dan menjengah penulisan terakhir pada disember lepas. Ahh.. terasa malu dengan penulisan sendiri. Belum nampak sebarang perkongsian yang bagus dari blog ini disebabkan tuan tanah terlalu banyak berfikir dan berkira. hahahaa.

Hati rasa begini, fikiran rasa begitu tetapi kenyataannya adalah itu.. sampai bila harus begitu..
Perubahan adalah perkara yang kita lakukan dan tunjukkan dengan izin Allah, tidak nampak perubahan itu andai kita berfikir dan berkira sahaja coraknya.. Perlukan masa? yaa... memang perlukan masa tetapi jika masanya terlalu lama maka hidayahnya juga akan lari, akan Allah ambil kembali. Maka bertindaklah kita sebelum sesalnya datang. Masyallah berkata-kata dan menulis enak sekali, tapi mahu melaksanakannya sering dipandang serong oleh hati hati yang kurang bersih.

Kuat adalah tunjang segala perubahan. Bertindak dengan yakin kunci kejayaan dan hati yang lembut dan tegas membuatkan kita berada di jalan yang benar.


Selamat Tahun Baru 2014, semoga kita semua berada didalam rahmatnya. amin.




5 comments:

Anonymous said...

pergh!!!!
tahniah.....perubahan di rasakan disini....
sy suker!!

~CikWawa~

Unknown said...

seronok baca picisan awak!
teruskan berbloging.. =)

Rexylla said...

chaiyokk... teruskan usaha berblogging.

p/s: jemput join giveaway kami.
http://rexylla.blogspot.com/2013/12/rexylla-fb-page-launching-giveaway.html

Lya Amie said...

suka cara awk susun ayat ! teruskan berblogging !

Najib Ariyan Ali Basha said...

Salam kenal dan salam singgah...

SELAMAT TAHUN BARU 2015

semoga tahun mendatang akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... aminnnn