ThePeeps

Saturday, August 11, 2012

295. Akhir Ramadhan, Malam-malam terakhir yang ditunggu


Assalamualaikum w.b.t..

Tamat minggu ketiga sebagai guru praktikum bagi semester ini, sangat berbeza dengan perasaan dan pengalaman yang dirasai sebelumnya. Mungkin praktikum kali ini sedikit lama dan hubungan dengan murid dan cikgu cikgu dekat sekolah tu lebih dekat rasanya. Walaupun bulan Ramadhan, tenaga luar biasa tu tetap ada. Paling ohsem pula semester ni juga, jadi cikgu PJ adalah kewajipan. Alhamdulillah masih berpeluang pergi ke sekolah yang baik, murid murid yang sentiasa bersemangat (walaupun bulan puasa), jumpa cikgu cikgu yang baik, pensyarah penyarah yang banyak membantu, dan masih bersama teman teman praktikum yang gigih.. Insyallah maintain result praktikumnya :)



menghabiskan bulan Ramadhan tahun ini di kampus sahaja :(


Alhamdulillah masih merasa nikmat keberkatan Ramadhan. Tambahan pula hari ini merupakan salah satu daripada 10 malam terakhir yang mana pahalanya berlipat-lipat kali gandanya daripada biasa.. Masyallah, begitu pemurah pencipta kita..

Sepuluh malam terakhir merupakan antara malam yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang dahagakan pahala dimana ia merupakan Malam Lailatul Qadar. Mensia-siakan sepuluh malam terakhir, kita akan tergolong dalam kumpulan mereka yang rugi. Rugi-seruginya..


sejuknya rumah Allah.. XD


Malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan yang mana, dengan mengingati Allah S.W.T dan beramal ibadah adalah lebih baik daripada beramal ibadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi alam Qadar.

Rasulullah sendiri memaksa dirinya dengan ketaatan dalam sepuluh malam terakhir berbanding masa yang lain, apatah lagi kita hambanya yang jauh lebih hina.
Nabi berkata : "Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni' (Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira) 


Hanya orang yang bodoh sombong akan membutakan mata dan memekakkan telinga dan bermalasan untuk memohon keampunan dari Allah S.W.T. Carilah sebanyak mungkin pahala dengan beramal dibulan Ramadhan dan menyambungnya selepas Ramadhan.
Jadilah hamba yang mulia disisi pencipta kita, bukannya hamba kepada bulan Ramadhan...




#kesibukan praktikum dan semangat ramadhan, baru dapat jenguk blog hari ni :)


15 comments:

miZz_nizZ said...

cikgu pJ? cikgu kenala main skali!hehe

Hans said...

insyaallah
mudah2an

izzad bahruddin said...

insyallah.selamat hari raya, maaf zahir n batin

Tukang Karut said...

semoga dapat apa yang dihajatkan...

Pondok Usang said...

Salam Aidilfitrah.. Maaf Zahir dan batin.. =)

Uncle Jonni said...

dtg ziarah raya...

x dpt ziarah kerumah... ziarah ke blog pon ok ye dak>?

selamat hari raya...
maaf zahir dan batin.... huhuhuhu

Sophie Al-Yahya said...

macam best je jadi cikgu. Tapi bila terkenangkan murid2 sekarang yg semakin nakal, rasa takut pun ada.

Anyway, Selamat Hari raya Aidilfitri.. =)

ishiko said...

miZz_nizZ : memanglah ckg yg main lbh daripada muridnyee.. =.='

ishiko said...

Hans :)

ishiko said...

izzad bahruddin :)

ishiko said...

Tukang Karut: aminnnn :)

ishiko said...

Pondok Usang : sama sama XD

ishiko said...

Pondok Usang : sama sama XD

ishiko said...

Uncle Jonni: haaa.. ye abg jonni XD

ishiko said...

Sophie Al-Yahya : haaa..kan
tau xpe...bdk2 mcm2 skrg