ThePeeps

Sunday, August 26, 2012

297. Gigih Berhari Raya


Assalamualaikum w.b.t...

SELAMAT HARI RAYAA.... hehehehee.. gigih tak gigih kan hari ni baru nak ucap Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin ye semua kalau ada salah silap sepanjang saya berbelog ni. Maklumla kadangkadang kita tak sedar penulisan atau entri kita ni boleh menyebabkan orang kecik hati ataupun tersentap sedikit sebanyak. Maaf banyak banyak banyak banyak.. Lagi satu, kalau kita cakap maaf zahir dan batin tu biar ucap dan rasa ikhlass dari hati, baru yee.. jangan jadikan satu ayat je, SELAMATHARIRAYAMAAFZAHIRDANBATIN.. macam xde makna ucapan kita tu.. ingat ye, ikhlas tu penting ok.

Baiklah nak nampak lebih gigih, saya nak roll up semua aktiviti raya sepanjang cuti. senang cerita. nanti kalau boring boring atau ada masa lebih sikit baru buat full entri event tu... Event tak event, gigih la jugak raya ni.. Sebab hari ni dah sampai kat Kampus, dan besok akan memulakan balik rutin harian yang superduper bizi, mari tatap gambar raya sampai boring.yehaaa..... XD


#Le First Raya


Balik sembahyang raya, bermaaf maafan,pelok ciom sikit, dapat duit raya dan haruslah berfamily potret (jadual raya tahun ni berubah sikit, sebab ramai sedara tak balik first raya.. )



(tema raya 2012: PolkaTitik.. hahakk )


# Le Second Raya

Malam raya gigih memasak dan menjala roti jala sebab open house kat rumah sendiri. Itu pun buat kecil kecil saja.. Tak larat buat besar besar plus raya kedua ni ada kenduri rumah makcik. Kazen saya bertunang haa.. memang Open Half je lah rumah kami..>_<


(amboi dah jadi milik orang tuu...yang belah kanan :P)
(last guest datang habiskan roti jala. hohoo )

 (harusla sambung main mercun)


# Le Third Raya

Ada open house kat rumah makcik lagi. Sedara dah ramai yang balik, so meriah dia lebih sikit. Kumpul kumpul duit raya memang kaching kachingla.. hohoo.. Sikit tak best la sebab abah tak berapa sihat. Pagipagi saya drive abah ke klinik jumpa doktor then baru serbu open house, sebab umi dah bawak adik adik yang lain pergi dulu. Memang saya lepak kat situ lebih la sikit daripada orang lain. hahaahaaaa ~


(meriah kan? meriah kan? ni pun sebab dah ramai yang balik.. XD )
 (siap ada kelas cupcake kauww)
(gigih ni nak kumpul duet raya >,<)


# Le Fourth Raya


Ekceli raya ke empat pun ada open house kat rumah makcik saya. Sebab dia buat besar besaran so kita kita gigih la sikit tolong dia. Memang aktiviti tahunan la kata kan.. Sebab superduper bizi, kamera pun lupa nak bawak. kata nak buat keje kan memang takde sekeping pun gambar..
Tengah gigih membizikan diri tu, kawan sekolah saya datang beraya kat rumah pulak.. Tima kasih banyakbanyak sangat Adibah, Azma dan Apis yang sudi datang walaupun tak dapat hubungi saya sebabgigihopenhouse, henephone xsedar trtinggal kat mana.. aduii =..='. yang sedih jugak, gambar raya dengan dyeorang pun tak sempat snap.
Senang cerita, raya tahun ni tak sempat pun nak beraya dengan kawankawan.. sadiss betul ~



# Le Fifth Raya


Haaa... raya ke lima ni lain sikit sebab kitakita pergi photoshot raya.. Kekekeke.. konon nak pergi la tempat takde orang sangat. Rupanya ramai jugak kat Taman Tengku Anis ni.. memang tempat kitaorang selalu pergi buang lemak sampai berpeloh peloh. Hahaha.. Kira aktiviti tiap tahun jugak la photosot dengan kazen sekepala ni. Habis photoshot tu kitakita pergi isi perut dekat tempat makan istimewa.. Siap dapat duit raya lagi. hehu hehhu hehuu... Ada korang pergi makan kat restoran pastu dapat duit raya, takde kan... kekeekee...
Lepas makan singgah mall, pergi sopim ape yang patut..yang patut..


(Le sisters)
(Le Kazenss)
(makan besoo.. siap dapat duit rayaaa, tima kasih tuan kedai. ehemm..)
(tima kasih owner kedai sebab bagi diskaun, plus dapat duit raya.. )


# Le Sixth Raya

Sebenarnya tiap tiap hari raya ada kenduri yang parent saya nak kena attend.. time rajin saya pegi time tak, memang tak lahh.. hahaa..Raya ke enam ni, tetamu adik datang rumah kami dengan Jet beliau bersama rakan rakan, kononnye nak jumpe saya.. (err..pemes jugak orang nak jumpa2 ni.. kekekee..) sampai terlepas kawasan rumah kami, sebab laju sangat.. Maklum la naik Jet.. :P
Lepas beliau balik, kami pulak bergembira hari raya sampai penat XD


(kalau hantu pasta, pagi raya pun nakkk >,<)
(tima kasih datang raya uii)
 (eh bonda dengan anak anak)
(adik beradik sengal :P)
(kat rumah, heaven macam ni tahu)



#Le Seven Raya 

Hari raya last kat rumah ni seriyess bizi sikit tak banyak pun.. Pagi pagi kemas apa yang patut nak di bawa ke perantauan la kononnye.. Pagi tu jugak kazen saya datang beraya plus nak amik gambar fotoshot hari tu. Lagi lagi lagi..nak bluetut segala lagu, nak transfer segala gambar, movie, anime bagai... sambil tu buat biskut la cookie la.. *eh bende same je kot. dari pagi sampai petang. 

Hari hari last macam ni la semua nak sebok kat dapur.. sorang nak balik perantau dah sorang nak balik asrama la.. nasib baik tiga ketul manusia lagi tarikh check out dyeorang dari rumah lambat lagi.. kalau tak fenim kepala umi  dengan nak masak tengahari lagi.. memang rutin tiap kali habis cuti macam ni, penatt penatt..

(bekal bekal.... >,<)


Nak siap awal rasa malas, nak buat macam mana.. tak puas lagi duduk kat rumah. dah siap kemas tengok beg sama berat macam berat hati nak check out dari rumah.. aduii.. dengan adik adik suka sangat buat drama air mata.. Hahaha.. maklum la dua bulan lebih lagi baru boleh jumpa... dua bulan, bukan dua tahun pun.. Senyum.


#Maaf Zahir dan Batin semuaa.. >_<


4 comments:

ankeljonni said...

wah... kelas kau jah...

raya sakan ya... huhuhuhuhuhu

NasQ said...

meriahnya...class ko jahhhhhh...

ishiko said...

Uncle Jonni : ehhhh :p

ishiko said...

Tukang Karut : xP