ThePeeps

Wednesday, July 10, 2013

312. Ramadhan yang sayu


Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, telah masuk Ramadhan pertama yang penuh barakah. Rasa seperti baru semalam saya menaip entri untuk Ramadhan tahun lepas. Masyallah sudah setahun berlalu dan Ramadhan kembali menjengah. Syukrur pada Allah swt sebab masih lagi bernafas untuk menikmati keistimewaan Ramadhan tahun ini.


Malam tadi saya telah mula berterawih di bumi Kluang, yang mana merupakan tahun kelima sebagai anak perantau di Joho. Sangat terasa nikmat awal Ramadhan kerana dapat berterawih dan berpuasa pada tahun ini. *huhuu..cakap macam tak pernah balik kampung.


Ketika imam mengangkat takbir untuk solat Insya' air mata saya mengalir dengan laju tanpa henti sehinggalah selesai solat. (Masyallah tak pernah saya rasa sayu dan sebak macam tu). Maka hati pun telah membuat keputusan, this month will be a turning point for me, Insyallah.



Sayu juga hati sebab awal Ramadhan kali ni memang berada jauh dari keluarga tercinta. Kalau sebelum ni, takdapat balik rumah keluarga tercinta balik rumah saudara mara pun terasa juga seperti bersahur kat rumah. Tapi tak mengapa akhir Ramadhan nanti sudah terpachak kat rumah bersama keluarga untuk sambut Aidilfitri. Big yeayyyy!!!!


Aidilfitri kali ni belum nampak bayangnya sebab tak seperti tahun biasa, saya dengan adikadik sangat bersemangat dengan persiapan hari Aidilfitri. Tapi tahun ni saya rasa just follow de flow saja... huhuhu.. walaupun dah set tema raya. jangan marah, hahaa..


Sudah jarang rasa nya saya mengisi penulisan dan berkongsi cerita di belong kecintaan ini. *gelak kecil. Mungkin disebabkan kesibukan sebagai pelajar finalyear buat saya rasa nantilahh.. tiap kali buka blog. Padahal kat kepala ni, Masyallah banyaknya perkara yang nak dikongsi.


Padahal baru baru ini juga, hati saya tengah berbolak balik dengan kesayuan. Alhamdulillah saya sentiasa diuji tanda kecintaan Allah swt kepada hambanya. Terasa dekat sekali tiap kali hati dan situasi diuji. Mohon hati lebih tabah dan tidak mudah tewas. Walaupun pernah tewas, tapi perlu bangkit dengan segera demi menjadi hamba yang disayanginya. Masyallah, rasulullah juga sememangnya sangat sayang pada umatnya. :')




Bulan Ramadhan yang suci lagi berkat ini, marilah kita sama sama perbaiki diri dan memperbanyakkan amalan untuk mengisi jiwa agar lebih subur dengan dunia abadi. Masyallah terasa bertenaga jika kita memikirkan nikmatnya bulan Ramadhan sewaktu penat bepuasa.


Pesan abah yang saya sanjungi setiap tahun 'bersahurlah, walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma'
ummi yang saya kasihi pula, 'bangunlah untuk beribadat lebih daripada biasa, mohon la tanpa jemu'
adik kesayangan, 'percaya suatu hari nanti hati kakak akan pulang dan lebih baik'.


Isilah hati dengan amalan yang mulia di bulan yang penuh barakah ini, Insyallah.



3 comments:

Umie Artoqiemie said...

jangan sayu2.. bulan baik ni huhu..

nanad said...

"this month will be a turning point for me, Insyallah." InsyaAllah, sama2 kita all out beribadah kepadaNya :')

ma ❥ said...

Selamat berpuasa :)