Assalamualaikum wbt..
Syukur alhamdulillah, tak lama lagi kita akan melangkah ke tahun seterusnya, tahun 2014. Bermula pada Julai 2009 saya mula menulis blog sebagai diari peribadi. Lama kelamaan setelah banyak membaca blog blog rakan terdekat dan kenalan blogger, saya sedar dunia blog bukan saja tempat untuk kita menulis hati dan cerita yang tidak tercerita. Tapi dunia blog juga menjadi medium perkongsian ilmu yang mana banyak baik dan buruknya. Dari penulisan peribadi, saya mula menulis perkongsian dan pengetahuan yang mana ingin saya kongsikan kepada rakan rakan yang sudi menjengah ke blog saya, yang kadang kadang merapu saja isinya. Selaras dengan perkembangan semasa wajah blog saya juga sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Berubah pada pandangan saya sahaja mungkin, hihihii..
Blog ini telah bersama saya sepanjang saya menuntut ilmu di IPG Kampus Tun Hussein Onn sehingga lah saya telah tamat belajar pada November lepas. Syukur, usaha selama lima tahun setengah akhirnya selesai dan In sha Allah menjadikan saya insan yang lebih baik dari sebelumnya. Memori bersama rakan rakan juga menjadikan saya lebih matang serta kenangan yang pahit dan manis pasti akan kekal dalam lipatan hidup.
Alhamdulillah walaupun tidak sehebat dan sefemess blogger yang sentiasa menjadi bualan media, saya lebih suka blog saya dikenali oleh rakan blogger dan teman terdekat sahaja. Pernah rakan saya nasihatkan, "sabarlah dalam dunia berblog ni, hanya mereka yang mempunyai blog saja akan memahami penulisan dan cerita kita. yang banyak berkata-kata itu hanya tahu berkata-kata". Saya hanya tersenyum mendengar nasihatnya. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing, kerana Allah telah mencipta setiap insan di muka bumi ini berbeza-beza.. Hanya tujuan kita sahaja satu, In sha Allah.. :)
Alhamdulillah, pada tahun hadapan saya akan mula berkhidmat sebagai pendidik dan akan berkongsi lebih banyak pengetahuan serta cerita yang berada disekeliling. Saya juga berharap pada tahun akan mendatang penulisan dan perkongsian saya lebih baik, matang dan sentiasa berguna.
In Sha Allah...
5 comments:
Begitulah adanya. Dunia blog ni ada ranjau dan onaknya sendiri. Kalau terus bertahan, memang lama kelamaan orang akan sedar dan perasan, lalu corak penulisan kita pun orang boleh tahu.
Nadzirah,
Semoga awak jadi pendidik yang berjaya
Didik anak bangsa kita dengan molek ya..
Kalau mereka manja sangat, bagi je homework bebanyak :D
salam..
tahniah sebab dah berjaya..
moga menjadi pendidik, bukan pengajar. =)
HASRUL HASSAN : mungkin peribadi sseorang dapat dilihat dari penulisannya kan :)
Anisa Hang Tuah : terima kasih NIs sbb masih sudi singgah, huhuu...
setakat ni xsuka bg homework sbb nanti sengaja xbwk buku >_<
Post a Comment