ThePeeps

Wednesday, April 20, 2011

147. Kongsi cerita limau siket

Assalamualaikum...

Hahaa.. sebab saya terlebih tido hari ni, jadi tak mengantok pulak.. (maap, saya takde kelas tadi.. huhuu..)
mahu kongsi sedikit cerita dalam en3 kali ni, huhuu..


Cerita Rasulullah SAW dgn sebiji limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan.
Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.
" Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. 
Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Semoga kita semua mendapat pengajaran yang bermanfaat... ^_^



adek chomel saya dengan limau peberet beliau..


maap, yang ni kakak beliau terover siket..


*doakan saya dan cik.bunga berjaya dalam kuiz besok.. (cemane la saya boleh jadi wakil kelas.. -_-")

25 comments:

storyfromme said...

mulianya hati Rasulullah SAW.

Qaseh dalia adelia said...

bes cite ni .. berulang2 kali baca timbul kesedaran .
gud luck

NanaKhairi said...

Memberi keinsafan ^^

ishiko said...

storyfromme: begitulah Rasulullah SAW... ^_^

ishiko said...

Qaseh dalia adelia: hmm.. kan.. sebab tu sy share..

ishiko said...

NanaKhairi: begitulah harapannya..

me suya said...

menarik la ira
Btw, comel layout baru ni.. kamu mmg warna warni~

ishiko said...

suya: maceh suyaa... huhu.. kate kalerfull an..

deqyalalink in-situ said...

comeyla kak limao ! hehehe...

ishiko said...

deqyalalink: kak limao?? hakhakhak

Izyan Masri said...

BAGUSNYA CITE NI.WUWUW.INFO BARU T_T
THANKS YE SAYANG SEBAB INFORM ^^

oranglidi said...

uih.. cmtu ka critanya? bgus btul nabi ajar kan.

kiut adek ko. hehe. kim salam ye. hehe

Nasriq said...

hoho... ada maksud tu...

ishiko said...

Yan: ye syg... sama2 share.. huhuu

ishiko said...

Orang Lidi: ceritanya panjang lagi.. tapi dependekkan.. huhuu.. senang nak paham.. umm baguss kan

ishiko said...

*jgn terkezet beliau dh pandai jwb salam, huhu

ishiko said...

Nasriq: hohoo.. haruslah kan..

Aujinz said...

ahhh..penah bace kisah nie masa sekolah dulu..

ishiko said...

Aujinz: bagus3x..

syAzAnA said...

ohhhhh. tinggi sungguh akhlah Rasullullah s.a.w.

insaff!

ijoks2009 said...

Sungguh indah akhlak rasulullah,alangkah indahnya dunia jika semua pemimpin Islam mencohi akhlak baginda rasulullah s.a.w

Huszaini said...

Nice story!

err.. suka tulisan nih.. cantik

ishiko said...

syazana: begitulah Rasullullah SAW kita..

ishiko said...

ijoks2009: itulah yang kita harapkan, tetapi sebalinknya.. manusia akhir zaman kan..

ishiko said...

Huzaini: maceh.. huhuu..
maceh singgah uncle kembar3???