Petang yang indah lagi damai ni, best juga hi-tea sambil makan karipap ke, jeput pisang ke *bace cekodok ye... kek ke, biskot ke, tak pun makan je keropok leko/keping.. (ohh.. heaven betol, tiba-tiba teringat cekodok umi.. wuwuwuu.. nak balik..). Selamat petang semua!!! *nak ucap selamat petang jugak, walaupun kalian *kaaallliaannn...erkk.. baca en3 ni waktu malam ke, tgh malam ke, pagi ke, tengahari ke.. (dush3x!!! berapa banyak keee daa..)
Berbalik kepada en3 yer, sebelum saya melalut lebih panjang akibat geli.tangan.nak.hapdate, saya nak kongsi tentang rencana yang saya baca baru-baru ni.. *sumber macam dah lupe la pulak.. =_="
Tapi sebab rasa info ni sangat bermanfaat untuk dikongsi, meh la sama-sama kita tilik walaupun kalian dah pernah baca.. hehee *kaaalllliiaaann lagi..
thehee.. Quran yang ummi saya beli kat Mekah hari tuu..
Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya..?
Kisah ni sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati kalia akan lebih terbuka untuk membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan ada sesetengah kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca? Terdapat seorang datuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi, duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, ianya tak berguna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’
*hehee.. semenjak dua menjak ni en3 saya pasal info je.. hehee maap ye.. ^_^
** haahh!!! masa nak google gambar tadi, saya terjumpa EN3 INI !!!!!!!! maap.. saya nak publish jugak : b
20 comments:
Suya rasa suya pun pernah kongsi pasal ni.. Eeeeeeee cik ira bila cuti?
hehehe.. ye ke suya??? adeh... xpe2 info yg baek harus dikongsi bersama.. lucky utk yg belom tau..huhu
*ira cti akhr bln 5 la suya... suya?
alhamdulillah,nasib baik tahu bahasa arab sbb amik subjek arab dari sekolah sampai U.
:D
jom baca al-quran.
(:
saja tnya. hehehe suya habis study tgh bulan 5.pastu bercuti lama gak before masuk kerja :)
mana taw ade rezeki nk jumpa :)
anisa: hehee.. nasib baik..
sy dulu sek agama gk, tp BA kelaut... thehhee.. :b
jum3x.. hari-hari ya..
suya: boleh sangat.. time uh ira pn da cuti.. mau3x!!!!
huhu... bagus ingatan ni...
isk3..apik dah lame tak baca..ya rabbi..
Nasriq: haa.. kan..
apik.pehe: isk3x.. apik nh.. tu laa asek bace msg awek je...
alhamdulillah
yups betul tu
tenang jiwa
salam singgah.
ye.
aku pun baca je.
walau tak faham.
nk faham kena baca terjemahan.
z95.
Suka baca nie.. Jom baca Quran.. ;)
perkongsian yang bagus...sebaiknya kita baca dengan faham maksudnya..boleh rujuk tafsirkan..heee
Hans: haa... ko kan selalu tension2.. rajin2 le bace ye.. thehehe
Tasek.M: huhuu.. xpe sis.. bace je.. nanti try cari tafsirnya pula supaya bacaan lebih bermakna gtu..
maceh singgah.. ^_^
SofieyAzwa: huhuhuu.. sama-sama lah kita.. >_<
SofieyAzwa: huhuhuu.. sama-sama lah kita.. >_<
SofieyAzwa: huhuhuu.. sama-sama lah kita.. >_<
cikTom: maceh.. huhuu.. saya baru kongsi sebab baru jumpa..huhuu.. singguh bermakna kan..
ye.. dengan tafsir, pembacaan lbh bermakna..
Post a Comment