Assalamualaikum...
Hujan sejuk hujan sejuk hujan sejuk, lepas tu panas sekejap memang kewajipan musim tengkujung kat negeri pantai timur ni. Time panas sehari dua ni la gigih nak buat bende best di musim holideeeyyy kat 'rumah manis rumah' ni. Kalau hari hujan tu kalau tak makan, berhibernasi la jawabnye. Takpun hadap lappy ni sampai berasap telinga kena bebel.
Opss... yeke, tak juga. naik biul kot biji mata kalau asyik hadap lappy ni. Sape yang nak nak tekan butang washing maschine tu, sape yang nak tarik vacum segenap ruang rumah, sape yang nak tonyoh mop kat lantai, sape yang nak siram pinggan mangkuk cawan gelas sudu garpu tu, dan .. err.. sape nak hidupkan asap kat dapur tu. tu semua memerlukan kegigihan untuk berpisah dengan lappy tu.. keh keh keh..
#humakaih.. panjang betul pendahuluan, sampai dua perenggan =..='
Cerita pasal kegigihan, hek. pagi ni family terchenta sambut ulangtahun kelahiran ke14 adek lelaki saya a.k.a bodyguard kedua (sebab yang pertama, abangnya) kat rumah ni. Memag anak teruna kashayangan abah la dua makhluk seksi ni.. wahahahaaa... seksi kerrr...
Hahaa.. nasib beliau la, kali ni sambut kat rumah saje. Breakfast dengan Mee goreng basah special umi tu memang sampai menjilat tangan dan lengan la kan sebab slurrppp slurrppp makan sampai terpercik semua kan.
Sebab sambut dekat rumah je, saya pun buatkan beliau Ice Cream Cake kononresipirahsiatapitakpun. Haha.. yang ni pun sampai menjilat jari dan lengan sebab rasa dia punya pun memang ohsemm.. tu adek adek saya yang cakap la kan.. tapi saya pun rasa macam tu.. *belum pukul10 pagi kek tu dah habis licinn.. -..-
Kegigihan ni sebenarnya bermula petang semalam. Hahaa.. sebab lunch semalam umi yang siapkan, petang tu gigih la saya terjah dapur panaskan oven. Malam tu dapat le merasa makan Cheese Muffin yang rasanya, tteeeeeetttt.... *kena gigih lagi supaya lebih sedap. tapi seriyess rasa macam muffin dekat Kenny Rogers :P
[ Selamat Ulangtahun ke 14th abangkamal. Be a good boy son brother friend and most important good muslim. Have a blast one, always remember you can coun't on me anytime you need me. Love ]
Ok ok ok... sebab dah tayang kek yang meleleh sampai menjilat jari dan lengan ni, meh nak share resipi sesedap rasa ni. hohoo.. mari mari, sila cuba. konpem tak menyesal ^^
IceCream Cake
Bahan
1 biji kek span biasa (boleh beli ready made/ buat sendiri)
1 bekas ais krim vanilla
1 bekas ais krim choclate (any flavour pun boleh)
1 paket biskut oreo vanilla (tumbuk/ hancurkan je)
bekas untuk buat kek
*berapa jenis aiskrim pun boleh guna dan berapa layer nak buat pun suka hati korang le. ^^,
Cara-cara
- Potong kek span (jangan terlalu tebal/nipis. sedang sedang je), susun di bahagian bawah bekas kek.
- Tutup setiap ruang base kek tu dengan kek span.
- Masukkan ais krim chocolate(yang telah lembut), rata kan dan tutup semua bahagian kek tu.
- Taburkan biskut oreo (yang telah dihancurkan) menjadi satu layer. *suka hati nak tebal/tak
- Kemudian masukkan ais krim vanilla dibahagian atas dan ratakan.
- Pastikan bekas diketuk ketuk supaya ais krim lebih padat.
- Masukkan dalam peti ais, biar kek sehingga keras, baru makan ye.
- oh, sebelum makan. tabur lebihan oreo tadi pada permukaan kek. Baru la rasa ohsemmm siket.
Selamat mencuba ^__^
*semput nak siap en3 ni sebab line internet macam chipsmore -..-'
25 comments:
ayoyo!
nampak sgt2 sedap!
erm... nampak macam sedap... texture ok... warna pun nampak menarik...(komen macam masterchef!)
nampak sedap! boleh try ni ! :D
yummy3x! inna nak juga....^^
wahhhh dapnyeee
wah,,sedapnya kek tu,,,belated besday la kat adik eh,,ngee
wahhhhh.
2 hari lagi beday chemay.
nak tempah lah boleh?
hehe
:P
looks delicious plus marvellous! ^^
baa~ CAK!!
abg lu umur 14? umur lu bape?
pergh!! meleleh air liur atas keyboard ni haa.. slurp~
sedap nyer...nak sikit..
sedapnye! nak jugak!
selamat hari jadi..hehee..sedapnyer kek eskrem tu
Lelaki Ini : ayoyoo..
mmg sedap pun.. hahaha
Tukang Karut : maiii dahh..
dia maiii.. dahh... :P
fae jamal : emang sedap.. sila la teraaiiii
miss inna : sila teraiii buat.. mesti dapat makan. hahaa :P
nEa FleriDa / nIL : nel semua nama makanan pun sedap
iszieylyanziy : TQ isz..
hahaa.. membe tweet tweet ^^
chemay : nak tempah?
humakaih...
(macam dah terlepas aje ni) -.-'
Rtp Farra Arisha : thaxs fara ^^
Azroy Kassim : err..
hahaa.. ni mesti xbaca en3 ni.. ini adek sy laa.. memang pggl abang
eLL : licinnnn sudah
jijiebenzaliff : :PP
teyn teyn : alahaiii..
yeke teyn. hehee
Apik Pehe : adek ckp tima kasih..
huhuu.. mmg sedap pun apik..
Post a Comment