ThePeeps

Friday, December 30, 2011

263. makan pada musim sejuk

Assalamualaikum..


macam musim sejuk lah kalau musim tengkujuh macam ni. sejuk 24/7, nak mandi pun pikir pat lima kali. Nasib baik la ada shower heater kat rumah, gigih la jugak pergi mandi. tu pun menggigil macam lepas main salji la pulak. Masa nak ambik air sembahyang tu, memang kena kental habis lah.
Kalau dah hujan, fuhh.. angan angan nak joging tu memang kelaot lah kan -..-'



err..tu lah serba sedikit rasa holideyyy kat rumah manis rumah di musim tengkujuh ni. pekerjaan tetap harian pulak adalah makan. Setiap hari peti ais dihidangkan dengan pelbagai makanan keperluan perut. Tibatiba cuti ni rajin pulak nak baking membaking dan masak memasak la pulak (padahal xde keje, eh ada la...makan juga merupakan satu pekerjaan) thehehee..


Sebelum saya merepek lebih panjang lebar, meh nak share me

Sebelum saya merepek lebih panjang lebar, meh nak share mende best yang kepoh kat FB saya beberapa hari lepas. Seriyes tak tipu, mende ni kepoh satu rumah, sedara mara, jiran tetangga semua tau...
*dalam perancangan nak buat sebijik lagi sebab ada bahan lebih : P





KEK CORNFLAKES KEJU


Bahan bahan

125 gm mentega
125 gm krim keju
150 gm gula kastor
3 biji telur
1 suduu besar kulit oren/limau (diparut)
180 gm tepung naik sendiri
50 gm cornflakes (diramas kasar)


Cara-cara


  • Pukul mentega, gula dan krim keju ke dalam mangkuk sehingga kembang dan gebu
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji serta parutan limau dan pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung naik sendiri dan gaul sehingga sebati
  • Masukkan satu sudu cornflakes ke dalam adunan dan gaul hingga sebati
  • Masukkan adunan ke dalam acuan kek yang telah disapu mentega dan taburkan cornflakes diatasnya hingga rata sebelum dibakar
  • bakar dalam suhu 180 c selama 50minit ( *tiada dalam resipi yang saya rujuk)




4 comments:

Nasuha Suhada said...

ok, nanti nak try buat! nampak macam sedap..

@apikoss said...

menarik ^^

ishiko said...

Nasuha Suhada : buat jgn xbuat. cueada ^^,

ishiko said...

Picoz Shupalula : yup, dan yummeyhh~