ThePeeps

Tuesday, January 3, 2012

264. TAHUN BARU perlu lebih gigih

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


Ehemm.. panjang pulak salam kali ni. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Alhamdulillah kita semua masih lagi sihat dan bernafas dengan baik pada tahun ini, 2012. Saya berharap tahun ini merupakan tahun yang lebih baik dari sebelum nya. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan nikmat pada hari hari yang mendatang, Insyallah. ^.^



Baru beberapa jam saya menjejakkan kaki di bumi kampus ni. Alhamdulillah, Batu Pahat sangat panas dan cuacanya terang yang amat sejak pagi tadi. pheuwww..dah lama tak nampak matahari. Beberapa minggu terakhir cuti saya di 'rumah manis rumah' sangat lah dingin. dingin macamana tu, taknampak matahari la.. kalau panas pun rasa hawa hawa (err.. hawa?) cukup untuk keringkan pakaian sejam dua je. Lepas tu hujan memanjang, nasib baik tak turun salji. tehehee..


Mengenai tahun baru, seperti biasa, kita mesti dah pasang niat, matlamat, azam dan impian baru lah kan. Tak lengkap orang kata kalau takde tu semua. Tapi kalau segala azam bagai yang tahun lepas pun tak tercapai lagi, elok la kita selesaikan mana yang patut.



[ muka tahun baru =..=' ]



2012, mulai besok merupakan hari yang amat mencabar bagi saya. Seriyess, persediaan fizikal dan mental saya perlu ditahap yang cekal tak hingat. Kerajinan dan kegigihan pun perlu ditingkatkan. Tahun ni juga merupakan kali pertama saya akan memulakan praktikum. Ehem.. ni baru betul betul mengajar dan jadi cikgu bagai ni. Pengalaman baru memang tak payah cakap lah kan. Baik buruk mesti dihadap dengan err.. err.. takde perkataan yang dapat digambarkan.


Sebab tu la saya bagi tahu persediaan rapi diperlukan untuk menempuhi cabaran hari yang mendatang. Eheemm.. harap harap semangat ni berterusan lah, bukan bagai melepaskan kentut di tepi dinding.. *peribahasa fail !!!! kasi pelembang 12das.



okbai.


23 comments:

penjajah minda said...

chaiyok2~

Jerr said...

happy new year :)

Nasuha Suhada said...

selamat tahun baru dear! semoga 2012 lebih baik dari 2011.. ;)

Jurnal Murahan said...

semoga berjaya ya

miss inna said...

happy new year...
thun nie pn inna akan praktikal tu..huhuhu, neves!

ainasuhana said...

selamat tahun baru...

Picoz Shupalula. said...

selamat tahun baru. cantik muka tahun baru. kekekekeke :D

Tukang Karut said...

kentut bau puaka...

ORLANDO AHMAD said...

hepy new year, moga kehidupan kite jadi lebih superb lepas ni :)

Ila Aqilah said...

oyea! selamat pulang ke kampus ;)

semoga jadi student cemerlang tau! thee

Rtp Farra Arisha said...

hello sweety. happy nu year anyway.

ishiko said...

penjajah minda: ^^,

ishiko said...

Jerr : Hepy new year ^^

ishiko said...

Nasuha Suhada : u too cueada ^^

ishiko said...

Jurnal Murahan :thaxs >,<

ishiko said...

miss inna : huhuu
sama la kite.. nebes3x..

ishiko said...

ainasuhana : selamatttttt

ishiko said...

Picoz Shupalula. : err
selekeh kot, hahaa

ishiko said...

Tukang Karut : chissssssss

ishiko said...

ORLANDO AHMAD : yup yup
qamu juga >,<

ishiko said...

Ila Aqilah : thaxs kak
selamat berposting jua ^^

ishiko said...

Rtp Farra Arisha ; hyeee...
thaxs fara ^^

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

selamat tahun baru cikgu praktikum! cikgu cantik la.. nak ngurat leh?