ThePeeps

Sunday, March 18, 2012

276. Hanya diri sendiri mampu tangani.

Berbincang mengenai hati bukan jenayah
kalau namanya manusia, pasti punyai hati
bezanya mulia atau keji.
Hanya diri sendiri yang tahu, betul ke?
kadang kadang diri sendiri tak sedar hati sendiri keji atau mulia
permainan hati memang menguji kekentalan diri.
nak kena taff orang kata.


Permainan hati dapat meruntuhkan jiwa kalau sendiri tidak kuat
kuat bagaimana?
kuat dengan cara kita melayari hidup yang penuh durjana.
Durjana kalau kita salah melayarinya.
Bahagia andai pelayaran dijalan yang benar.
Jalan yang benar bagaimana?
itu yang kita perlu sentiasa mencarinya.


Permainan hati, memang aneh
aneh bagaimana?
aneh kita rasakan dengan cara kita menanganinya.
Menangani bagaimana?
boleh salahkan situasi?
itu alasan untuk menyelamatkan diri dengan menyalahkan situasi.
Kadang kadang keadaan dan situasi itu ada kaitannya.
semuanya permainan hati
bagaimana kita menentukan keputusan
dengan hati, atau perasaan atau akal fikiran.
Blend je semua, boleh?
itu terserah pada diri. senyum manis.


Memang aneh.
aneh bagaimana lagi?
aneh, aneh begitulah.
kalau di terangkan, tidak pasti masih lagi aneh atau tidak.
yang pastinya memang aneh kalau hanya rasa dan tidak difikirkan.
lagi tenang dengan rasa aneh itu.
Terusan rasa aneh. senyum lagi.

Permainan hati masih rasa aneh kalau tidak difahami.
ya, kadang kadang bahagia
kadang kadang keliru
kadang kadang sakiti diri
kadang kadang jadi dadah untuk hidup
kadang kadang jadi kutu yang melekat
kadang kadang terus terusan derita


Tapi kita jangan bimbang
jangan bimbang kenapa
jangan bimbang dengan permainan hati yang sentiasa datang tanpa sedar.
ya, tapi kenapa jangan bimbang.
senyum.
Kita ada Dia
Dia yang mencipta kita, Dia juga yang mencipta permainan hati
untuk menguji kekuatan hamba yang disayangiNya.
Dia tidak akan menguji andai kita tidak mampu.
Hari berganti hari, pasti kita lebih kuat.
cool









#hatimanisdatangdanpergi, terusmengunciuntukelakkecederaanyangtakmampu. mampusenyumsaja, itulebih baik.

14 comments:

inna_risna said...

hati2 dgn hati. jgn cuba untuk bermain dgnnya. haha!
nice entry..

Nea Flerida said...

perasaan hati datang dan pergi. menunggu dan menanti.
usah mengharap pada yang tak pasti.
kerna aku tak mahu sekali
kau rasakan derita pedih nurani.

kerna aku kasih kau wahai bunga hati.

*love u! :)

NasQ said...

hati hati bermain hati takut nanti termakan hati, membawa hati...

ishiko said...

miss inna : kadang2 kita ber main dgn hati tanpa kita sedari, thaxd ina ^^,

ishiko said...

nEa FleriDa / nIL : mgharap pada yg tak pasti.. itu risiko kehidupan yg plg ditakuti.

love u tooo mydear ^^

ishiko said...

Tukang Karut : kesian pada diri bermakna kesian pada hati, huhu..

Kacang Pool said...

Susah bila bercakap soal hati.
Hanya empunya diri dan Dia yang tahu.
Apa-apa pun, kita kena kuat hadapi setiap ujian dari-Nya.
Taff akak! Hekhek ^^

Unknown said...

hati hati bermain dengan hati :)

♥ p a a n i ♥ said...

hati? love? :)

tirahzairi said...

serahkan hati kpdNya...itu lebih bahagia...

ishiko said...

Kacang Pool : yup.. taff itu pentingg

ishiko said...

iszieylyanziy :tanak bermain.. tp apakan daya -.-'

ishiko said...

♥ p a a n i ♥ : oppss.. tett.

ishiko said...

TiraPengemis : itu yang terbaik