ThePeeps

Thursday, June 21, 2012

290. Bangun dari Musibah




assalamualaikum...

Cuti semester selama tiga minggu habis bersama keluarga tercinta. sungguh tak terasa. Pejam celik pejam celik dah buka semester baru. Waktu pejam celik pejam celik masa berholidey dan bermalasan kat rumah tak rasa pun. sungguh tak tipu. Buka mata, eh tengah bercuti. Buka mata, eh tengah bermalasan. Buka mata, eh lamanya cuti.. Hari ni, buka mata.. eh dah habis pun cuti dan dah dekat seminggu pun semester baru.

Mula cuti semester hari tu, perjalanan dari BP-KL-KB-KL-PD-MELAKA-KL-KB then sampai balik ke BP.. Agakagak patah tak tengkuk korang nak baca ni? apatah lagi tuan belog yang nak menaip nye. heh. 



kalau boleh nak buka mata je ada kat Pantai PD lagi. ecehhh...


Baru je nak bersemangat waja siket nak mulakan semester baru kononye (konon je la..), dah dapat musibah. Hari pertama pergi kelas, dah rajin satu kelasmate tolong tutor pasang langsir yang yang berhabuk + berdebu tak hingat tu. Boleh pulak main bersin-bersin dengan kelasmate. Memang tak sedar diri la saya tengah cari nahas. Ape lagi berpeluh-peluh tu biasa la.

Masuk je kelas petang dah rasa tak selesa satu badan. ada yang tak kena, memang tak kena. Habis kelas petang kononnye nak pergi buka puasa kat luar dengan gerlfren-gerlfren yang lama tak jumpa. Angan-angan je semua tu, lepas mandi baru sedar diri tengah menahan ALLERGIC! *capslock siap haa..


Malamnye terus terjah Hospital, tak seram pun tengok orang-orang yang tengah menderita kat bahagian kecemasan tu. Redho je lah, kita pun kes kecemasan gak ni. heee.. Alhamdulillah, lepas jumpa doktor, kena bebel dua tiga das, kena inject sepam dua dan dapat MC tiga hari. Heeee..


Memang rasa wahhhhhhhh.. la kan dapt tambah cuti. Mane taknye, sakit tak menahan lepas makan ubat pulak pengsan. Err.. malam tu lepas inject, doc. siap pesan jgn makan ubat, kalau tak.. tak bangun la awak pagi besok.  Ohhh..penangan ubat maha dasat. scaryy tak  =..='


Alhamdulliah, lepas dapat rehat - makan - makan ubat- pengsan -rehat - makan - makan ubat - pengsan tahap bohsann dah, dah hilang dah sakit tu. Kalau tak, dah kena pergi kelas pakai mask. Hee..
Lepas cuti semester, senyum.. teringat keluarga kat rumah, senyum.. dapat result, senyum... dapat musibah pun, senyumlahhh.



Musibah.. kadang kadang datang untuk menyedarkan kita supaya lebih bersyukur.






3 comments:

nEa FleriDa / nIL said...

lama cuti :P

ishiko said...

hehee..

penat pulak cutinye ^^

ahsfantasy24 said...

jaga diri, kawan..
kalau rasa tak selesa badan, jumpa doktor ^^