Assalamualaikum wbt..
Salam jumaat penuh keberkatan. Alhamdulillah penuh keberkatan, walaupun cuaca tak menentu dengan sekejap sejuk sekejap panas. Macam hutan tropika pulak rasanya, rasa nak demam pun ada. Mungkin sebab tengok ramai kawan-kawan yang macam sihat dan macam tak ni. :)
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata : Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu".
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Bulan Rejab yang penuh keberkatan, sebelum tibanya Bulan Ramadhan yang penuh nikmat. Pada bulan Syaaban juga merupakan peluang yang baik untuk kita memperbaiki diri dari segala cela kerana pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menenangkan hati dan jiwa.
Marilah kita bersama-sama bangun dan bersemangat mengejar keberkatan Bulan Syaaban, supaya kita lebih bersedia untuk berlari dengan gagah pada Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan nanti. Insyallah..
hehee.. ada en3 je mesti nak ada gambar XD
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
22 comments:
sukacita dan perbaiki niat. sangat bemotivasi membaca ini.
mari kita perbanyakkan amalan =)
good entry dear
bagus.insaf bila membaca.
info yang sgt bagus =) thanks
Alhamdulillah..pakcik tumpang tambah ilmu di sini...
perbanyakkan puasa di bulan syaaban.
semoga kita semua mendapatkan syafaat-Nya. :) Amin Ya Rabbal Alamin
thanks for sharing :) smoga kita sama2 mendapat keberkatan dari-NYA :)
menunggu ramadhan pulak. mari bykkan amalan ~
moga2 kita semua kuat hadapinya.. =)
teringin nak puasa banyak2 bulan syaaban ni tapi sedang sarat... musim panas terik tahap max lak kat miri nih.. ibu mengandung tak menahan.. rasa nak pitam tak pekena air. huhu... risau pula ramadhan nnt usia kandungan mencecah 8bulan.. cemana la dapat x nk jalani ibadah puasa dgn jayanya
Rapunzeel Cikilolo : alhamdulillah.. :)
Anisa Hang Tuah : tengss Nis ^^,
penjajah minda :)
nn lylyn : perkongsian :)
blakepaghe : bagus pacikk
Hafizin Jamil : insyallah
Rtp Farra Arisha : aminn..
eyjalukman : insyallah juga..
ஜ miss klanika ஜ : ramadhan kian menjelma..
hamzah ian : insyallah..
hehhee.. amjah mmg kuat, kate otomen
Ardini Humaira : insyallah..
lamanya taknampak dni :)
Post a Comment