ThePeeps

Thursday, December 1, 2011

251. PuisiCinta untuk Pemilik TulangRusuk

assalamualaikum..


Ternyata puisi cinta memang unik dan menyentuh perasaan. Such a lame for certain people. Tapi tidak, buat peminat dan mereka yang berjiwa seni. Perasaan yang dikarang dengan penuh syahdu, dan di tuju dengan penuh ikhlas buat separuh jiwa lagi (pemilik tulang rusuk). Tapi berbeza buat mereka yang berfikiran dan berperasaan.. terlalu realistik kononnya. Kata kata yang tidak bepijak dibumi nyata kononnya.


Tak semua orang boleh mengarang puisi cinta yang ikhlas dan tulus. Kalau setakat puisi cinta di bangku sekolah yang dicopy paste dari buku teks, boleh la dikatakan tidak berpijak dibumi nyata... sebabnya hala tuju tiada tahu kemana. Tapi jika puisi cinta dari seorang lelaki untuk 'pemilik tulang rusuknya', yang beliau dedikasikan atau lafaskan diatas pelamin indah mereka.... harus lah sangat indah dan nyata. Tiada seorang wanita pun yang tak akan mengalirkan air mata pada saat itu. T.T
(waahh.. bahasa aku pun terasa puitis ni.. keh3)



Puisi Buatmu  *sukehati aku bagi tajuk


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.




[ sweet vmeo ]
[google]






*errr... tetiba rasa nak je postkad pre wedding tu :P

22 comments:

Anonymous said...

rasa nak nanges bila akak baca kan puisi ni untuk nasywa.muahahahaha. soh sweeeeet lah zahiril ni. i loikeee him! ^_^

amalina wahida said...

bila lah nak jumpa pemilik tulang rusuk sendiri kan.. ? eh!

*zahiril adzim adalah insan yang pandai menghargai cintanya..* pergh!!

inna_risna said...

sweetnya dpt lelaki mcm tu..klo lelaki yg buat lagu utk isterinya pun sweet jg...it is the other way to express the love feelings...

ishiko said...

cheqwa : nak akk bacakan ke?
hahhaa... tanak lah.. pg la cari pemilik tulang rusuk sndri.. :P

ishiko said...

amalina wahida : we will..someday ok. huhuu..


yup, sure he is ^^

ishiko said...

miss inna : yup ina..
(sing me my feveret song, huhu..)

ankeljonni said...

kalau laki tu x pandai karang puisi...

buat pantun je boleh?

huhuhuhhuhu

yustie ftyt said...

nanti sape kawen nan saye kena buatkan saye sepucuk surat chenta..hahahaha...cukuplah tuh kan? :DD

Kacang Pool said...

Bersiap sedia untuk menukilkan satu dua baris buat pemilik tulang rusuk!
Hakhak

Sweett Couple! XD

*Erkk, terperasan nota kaki bawah tu!* heee

Hans Hanis said...

zahiril kan pandai berpuitis
so memang romantik habis la dia nih bab2 nih
:-)

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/12/review-filem-ombak-rindu.html

Unknown said...

jgn sia siakn cinta kita :)

si zahiril ni memang orng seni :D

Abu Bagi said...

aku tak reti nak karang2 puisi.. nak mghayati pun kurang arif..
realistik la katakan.. sentap jap!! hahaha

IEJA said...

sweettttt
zahiril n syera sgt chomel ^_^

teha said...

love both of them.. sweet sngt2 :)

ishiko said...

Abang Jonni : pun bolehhh abg jonni oii ^^

ishiko said...

yustie ftyt : surat cinta? old skool tu, style ^^

ishiko said...

Kacang Pool : kann..sweet sgt2


eh? hehee..

ishiko said...

Hans : tulah kan.. mmg habiss

ishiko said...

Saiazuan : >,<

ishiko said...

ABU : err.. hehee
tapi ada gaya lain la kan..
ni utk jns org jiwa seni ni :P

ishiko said...

Ieja : >,<

ishiko said...

teha : memangg~