ThePeeps

Wednesday, July 4, 2012

292. Buku amalan baru




Assalamualaikum..

Masyallah.. sedar tak sedar kita sudah dipertengahan bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan. Malam Nisfu Syaaban antara malam yang ditunggu-tunggu selain malam Lailatul qadr oleh mereka yang cintakan tuhan dan rasulnya.


Saiyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Baihaqi r.a "Rasullullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencubit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. 
Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, "Ya Allah aku pohon kemaafanMu daripada apa yang diturunkan dan aku pohon keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri". Baginda Rasullulah sendiri telah menggalakkan kita agar  beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban.


Setelah Baginda S.A.A selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a, "Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristifar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki"


Seperti yang kita ketahui hari Nisfu Syaaban merupakan hari dimana buku catatan kita selama setahun diangkat kelangit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibukuku baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 Syaaban sebaik sahaja masuk waktu maghrib).



Selain itu, Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri diriwayatkan paling banyak berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Pernah aisyah berkata kepada Baginda Nabi SAW, Ya Rasulullah, aku melihat kamu banyak berpuasa di bulan Syaaban. Rasulullah SAW bersabda "Ya Aisyah sesungguhnya ia bulan yang dicabut ruh disepanjang tahun itu maka aku suka jika ruhku dicabut pada bulan Syaaban".


Walau bagaimanapun perlu diketahui bahawa hukum berpuasa pada hari 15 Syaaban secara khusus adalah makhruh. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud "Apabila telah sampai pertengahan Syaaban maka usahlah kamu berpuasa lagi". (riwayat Abu Dawud dan al-Tarmizy)

Dalam hadis yang lain disebutkan "Apabila telah sampai nisfu Syaaban (pertengahan Syaaban) maka tiadalah puasa (sunat) lagi sehingga menjelang bulan Ramadhan" (Riwayat Majah)


Alhamdulillah, sudah selesai utamakan yang wajib. Barulah dapat menanti dan mengharungi Ramadhan  almubarak dengan lebih tenang. Insyallah..


10 comments:

ஜ miss klanika ஜ said...

menanti ramadhan dgn penuh sabar . syaaban kian menghilang hari demi hari

Pwincess said...

Sat g dah nak puasa, salam ramadhan ye =D hehe.

http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/le-complain-day.html

Ardini Humaira said...

tak sabar nak tunggu ramadhan... :')

Abu Bagi said...

yg pasti puasa dah nak dekat.. tik tok tik tok.. puasa tahun lepas dah habis byar ke tak hehehehehe

nn lylyn said...

dah dekat nak puase =) yeye

ishiko said...

Mis klanika: ohh..lama dahh :)

ishiko said...

Salam ramadhan... Xlama dahh

ishiko said...

Dni: slm ramafhan dni :,)

ishiko said...

Abu: alhmdlh dah hbs lama dh.. ;)

ishiko said...

Nn lylyn: yee..xlama dah xD