ThePeeps

Saturday, July 21, 2012

294. Awal Ramadhan ku syukuri



Assalamualaikum. w.b.t..


Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.

Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!


Masyaallah..  begitu maha pemurah dan penyayangnya Allah S.W.T kepada hambanya-hambanya. Ingin diberikan ganjaran kepada kita atas setiap amalan yang dilakukan tidak mengira apa pun amalan yang dilakukan agar kita selamat dihari kelak. Begitu mudah ganjaran pahala yang akan kita perolehi, begitu juga dosa dan kemurkaan yang akan kita perolehi. Walau bagaimana pun, harus sentiasa kita ingat Allah S.W.T itu maha pengampun dan pemurah kepada hambanya. Sentiasa lah kita memohon keampunan dan keredhaannya walau dalam apa jua pekara yang dilakukan :)



Salam Ramadhan semua. Sucikan hati nurani, bersihkan jiwa -Ramadhan pertama N.A



Alhamdulillah.. syukur kehadrat ilahi kerana masih lagi dapat bernafas pada Ramadhan kali ini. Syukur tiada tandingan kerana masih juga dapat merasai nikmat Ramadhan yang penuh ganjaran serta pengampunan dari Allah S.W.T. Masyallah.. dapat bernafas dengan percuma dan hidup aman damai hampir duapuluhtiga tahun di bumi Allah S.W.T ini tiada lagi balasan yang diberi kecuali sujud pada Nya dan sentiasa berusaha menjadi hambanya yang solehah. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurnaa.. Insyallah..




#Ramdhan penuh berkah harus dihargai.


18 comments:

Nea Flerida said...

salam ramadhan sayang.

JBA said...

akak!! selamat menyambut dan berdating dgn encik ramadhan! :)

lady-D said...

Selamat menjalani ibadah puasa ye..
Semoga ibadah kita diberkati dan diterima..Amin~~~

NasQ said...

selamat berpuasa...

Narcissus Oddblogger said...

blog dia dah makin cantik hoii ~ XD

ishiko said...

nEa FleriDa / nIL: slmt berpuasa dear ^^,

ishiko said...

Nadzirah Rashid : en.ramadhan?
err..kang ae yg terasa..hahaakk

ishiko said...

d_LA: Insyllah dLa pun sama ye ^^,

ishiko said...

Tukang Karut: selamat berpuasa juga ^^,

ishiko said...

OddbloggerNarcs : mekasih hoi..
aip dh lama ni, nmpk sgt lama xsggh

Pwincess said...

Allah the Almighty =)

khairul akmal bin azman said...

entry yg penuh dengan makna.
alhamdulilah

Sya Chot .. said...

salam ramadhan..sama2 kte kmpul pahala yer..
chot tak lupa,chot dtg lgi sini:)http://chot91.blogspot.com/2012/07/jatuhbangkit-semula.html

Unknown said...

salam ramadhan

ishiko said...

Nurulee: :)

ishiko said...

khairul akmal bin azman: alhamdulillah.. kongsi ilmu :)

ishiko said...

chot ok..! : insyallah..
sama sama kita.. >.<

ishiko said...

izzad bahruddin: :)