ThePeeps

Thursday, December 6, 2012

303. Penulisan Ulangtahun




19 NOVEMBER 2012
11.25p.m


ternyata menunggu ulangtahun seperti biasa
seperti tahun tahun sebelumnya
masih menunggu walaupun tiada siapa meraikannya
seperti biasakah?
ah, usah berbohong
setiap kali ulangtahun keadaannya berbeza

kadang kadang aku terlupa
kadang kadang aku menunggu
kadang kadang ada yang bersama
kadang kadang aku sendiri tidak kisah

ahh apa lagi yang aku harapkan?
keluarga tersayang disisi
mereka sentiasa meraikan
ucapan selamat dari teman teman juga tidak putus
aku sangat bersyukur yang tidak terhingga
Alhamduillah ya Allah..


lagi beberapa minit genap umur 23 tahun
Alhamdulillah masih bernyawa
dapat menghirup udara yang percuma
dan diri ini masih sama..
Masyallah..

Siang tadi
tengah asyik membaca sedikit bacaan di buayan usang
di beranda rumah dengan angin sepoi sepoi dari sawah padi
sudah ramai celebriti tanah air yang berhijrah
berhijrah bagaimana?
berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik
sudah cukup baikkah diri ini?
selama 23 tahun apa yang telah aku lakukan
layakkan kah aku menjadi hamba NYa


sungguh dalam aku berfikir
berfikir dan berfikir
singgah pulak lagu yang menginsafkan dan sedikit sebak dari corong mp3 hp
tarik nafas dalam dalam
rindu
sangat rindu
pada siapa rindu itu?


tidak guna merindu pada orang yang tidak sudi
tidak guna merindu pada orang yang menyakiti
tidak guna merindu pada orang yang tak menghargai
tidak guna merindu pada orang yang tidak layak


sedangkan rindu kita pada pencipta
pada rasulnya
pada syurga kita
pada pemimpin
pada darah daging
lebih bernilai
lebih diperlukan
lebih ganjarannya
dan lebih layak

pulanglah diri
pulanglah hati
pulanglah jiwa
pulanglah fikiran

mencari haluan yang benar..
sunyi tidak bermakna kita keseorangan..
yakin
yakin lah dihati
hati mesti kuat.


SELAMAT ULANGTAHUN IRA NADZIRAH
SEMOGA SENTIASA MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK.


#baru berpeluang update :)

8 comments:

OddbloggerNarcs said...

mandi tepung tak ishiko? XD

Ila Aqilah said...

happy belated birthday dik ;)

ok, akak pun banyak lalai dah ni huhu muhasabah diri

Rapunzeel Cikilolo said...

selamat ulang tahun...

semoga tahun depan lebih bermakna dari sebelumnya :)

ishiko said...

OddbloggerNarcs: xde lahh.. kalau kat hostel kene la.. tp kat rumah aman damai je :)

ishiko said...

Ila Aqilah: tenkiu :)

ishiko said...

Rapunzeel Cikilolo: tenkiuu XD

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sizzling Suzai said...

sorry late n TQ so much for the visiting dear ^^ huhu...rindu pada yg tdk layak sering hadir dlm dri y hina ini...tq 4 d reminder :)