ThePeeps

Tuesday, January 1, 2013

306. Tahun Baru perlu lebih kuat



Assalamualaikum w.b.t...

Alhamulillah, syukur nikmat kehadrat ilahi kerana masih lagi bernyawa dan dapat menghirup udara yang percuma dari Allah s.w.t. Tiada yang yang perlu kita lakukan, hanyalah taat, setia dan cintaa kepada Allah dan Rasul yang sangat penyayang. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Ahamdulillah..  :')


Tahun 2012 baru saja melabuhkan tirai meninggalkan kita dan 2013 pula  membuka cerita baru. Kenangan pahit dan manis juga telah kita lalui, dan semestinya kekal dalam hidup kita. Bila kita bersyukur dan menerima ada hikmah yang pasti kita perolehi disebalik kejadian yang berlaku, hidup kita pasti akan lebih tenang. Kerana kita tahu Allah s.w.t pasti sentiasa disisi orang yang sabar.


Bila disoal mengenai tahun baru, pasti azam baru yang akan kita fikirkan.senyum.
Kadang kadang azam pada awal tahun lepas pun sudah dilupakan. Alhamdullah bagi mereka yang sentiasa ingat dan berusaha untuk mencapai azam atau impian yang dibentuk. Orang yang berusaha pasti akan memperolehi hasilnya, tidak kira lah besar atau kecil hasilnya. Apa yang pasti besar ganjarannya disisi -Nya. Hanya Allah s.w.t mengetahui usaha kita dan cara kita mencapainya. Tidak perlulah kita berduka dengan apa yang berlaku. 

Tahu.
Hanya hati kita yang tahu kita sedang berduka dan gembira, tetapi kita juga perlu tahu Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang berlaku. Tidak mengapa andai kita berduka, tapi tidak perlu lah berpanjangan. Duka yang berpanjangan tidak akan menghasilkan apa apa kebaikan kecuali lebih menyakitkan. 
Bangkitnya kita dari duka juga merupakan kejayaan yang bukan semua orang perolehi, tetapi lebih kepada kekuatan jiwa yang kita hasilkan. Insyallah dengan izin-Nya... :)

Tahun baru merupakan satu langkah yang perlu kita manfaatkan untuk menjadi lebih kuat dan sentiasa punyai hati yang lebih tenang. Sungguh, tenyata hidup akan lebih ceria dan gembira jika punyai hati yang tenang.



SELAMAT TAHUN BARU, 
changing and become a better person is not a crime



orang kata, jika sedang berduka pergilah ke pantai. pandang la ombak, awan dan langit biru.. nescaya mereka akan ambil dan bawa pergi segala duka kita. hati kita akan tersentuh dengan keindahan dan kebesaran-Nya, Insyallah.



4 comments:

~Wawa Waheeda~ said...

selamat tahun baru kazenku yg gojes!!
yup, always aim for the better person....insya Allah...

ishiko said...

~Wawa Waheeda~: insyallah.
have a blastyear ayong ^^,

Asrul "iLham" Sany said...

selamat tahun baru juga :)

Cikgu Ma said...

2 januari, azam dilunturkan..sedih...tapi bangkit semula...huhu